Manusia sebenarnya masih lagi jauh daripada sifat kemanusiaan. Manusia
sebenarnya masih lagi ketinggalan untuk sekurangnya mempunyai
nilai-nilai murni satu susuk yang boleh bergerak bertutur dan yang lebih
penting boleh berfikir. Tembok pemisah antara manusia dan haiwan.
Apabila
melihat sekeliling, anda boleh menyaksikan kebenaran situasi ini. Sikap
sombong dan bongkak, paras rupa, agama dan yang lebih utama, kekayaan
dan pangkat menyebabkan semua ini berlaku.
Penduduk Palestin,
susuk-susuk sasa bertubuh cerah itu, hari ini menjadi tajuk utama
berita dunia. Mereka dianggap seperti pelarian, betul. Mereka itu seperti tidak mempunyai
negara, betul. Mereka itu menjadi mangsa penindasan, betul. Mereka itu
dalam kesusahan, betul. Dan mereka juga adalah manusia, satu yang tidak
boleh dinafikan.
Setiap manusia itu, pasti sekurang-kurangnya
mempunyai keluarga. Ada yang mempunyai ibu dan ayah, anak dan isteri,
sanak saudara atau jika mereka sendirian pasti juga mereka mempunyai
kawan. Jangan dinafikan.
Apa yang berlaku ke atas penduduk Palestin pada hari ini memang melambangkan betapa manusia semakin
kehilangan sifat kasih sayang sesama insan. Sudah tidak lagi punyai
belas simpati kepada kesusahan orang lain. Sudah tidak lagi mahu mencuba
membayangkan duduk tubuh sendiri pada lokasi kesusahan orang lain.
Bukan mencuba kesusahan tetapi cuma berimaginasi. Tidak.
Mereka
dipukul, mereka tidak diberi makanan bahkan selipar untuk mengalas kaki
juga tidak mampu disediakan. Bukti manusia yang melihat susuk mereka
dengan batasan paras rupa, batasan agama dan kekayaan.
Sebenarnya,
kita tidak perlu ke Thailand untuk melihat kekejaman manusia ke atas
manusia. Kita tidak perlu ke Guantanamo itu mengejek penindasan ke atas
hak asasi seorang manusia. Kita tidak perlu ke Rohingya untuk mencari bukti
bagaimana agama boleh menjadi sempadan kesombongan manusia.
Semuanya
wujud di depan mata sendiri. Semuanya terhidang di dalam ‘rumah’ kita
sendiri. Semuanya tersedia di mana sahaja kita berada. Bagaimana untuk
melihat, ia adalah bergantung kepada kebijaksanaan kita. Dan sifat
kemanusiaan kita sendiri.