Selamat Tahun Baru

Dalam satu hadith tu, yang aku tak berapa ingat sanad nya, Rasulullah bersabda supaya kita merebut lima perkara sebelum datang lima perkara.

Aku rasa lagu Raihan pun ada jugak bab 5 perkara ni. Salah satu daripadanya, yang aku terasa macam nak berkongsi ialah waktu lapang sebelum waktu sibuk.

Pergghh! Dah ada yang berdetik dalam hati, ini mesti azam awal Muharram aku untuk tulis benda-benda yang lebih berfaedah. Lepas ni blog aku akan duduk sebaris dengan blog Ustaz Zaharuddin. Dan juga Yusuf Qardhawi.

Bukan apa, dalam tempoh dua-tiga minggu nie, aku rasa sibuk yang teramat sangat. Macam-macam benda yang datang, yang sengaja aku undang dan ada pulak yang memang buat muka tak malu datang tanpa dijemput.

Dalam tempoh itu jugak, ketika orang lain ada banyak cuti, aku macam malu-malu untuk mengisi borang cuti. Cuma harapkan belas ihsan cuti umum daripada Kerajaan Barisan Nasional.

Sebelum ini, aku hanya sibuk dan buat-buat sibuk pada hari Khamis dan Jumaat sahaja, tapi dalam tempoh dua-tiga minggu ini, aku memang serius punya sibuk. Setiap hari dan setiap jam.

Kalau sebelum ini aku rasa kerja aku adalah yang paling relax atas planet bumi, tapi tempoh dua-tiga minggu itu buat aku kembali terfikir, memang tak boleh rilek lah kalau ada kerja banyak. Dan macam manalah agaknya kerja orang lain yang lagi sibuk.

Dulu sewaktu di Universiti, aku boleh download movie banyak-banyak dan layan kat bilik. Tapi dalam tempoh dua-tiga minggu ini aje aku ada 14 movie yang belum sempat ditonton. Tapi, apa-apahal pun movie mesti kena download jugak sebelum tidur.

Oleh kerana itulah juga aku terfikir dan terdetik untuk menghargai masa yang lapang yang sudah tidak lagi aku miliki ketika ini, pada waktu aku sangat sibuk. Kecuali sekarang ini setelah semua kerja-kerja selesai.

Agaknya macam mana kehidupan Samy Vellu ketika menjadi Menteri Kerja Raya dulu? Firaun ketika menjadi Perdana Menteri? Atau pun Mat Sentul ketika zaman semua filem-filem Melayu menggunakannya sebagai pelakon utama?

Ada satu ketika, ketika aku keluar malam di Inanam, aku ada sekali perati siapa yang memandu di sebelah aku, berhenti di lampu isyarat. Aku masih ingat imej seorang makcik bertudung memandu BMW di sebelah aku. Berhenti berhampiran Bangunan Volkswagen untuk pergi ke Kota Kinabalu. Masih berbaju kurung kerana hari itu hari Jumaat. Dengan muka yang letih gaya memang baru pulang dari pejabat. Jam 9.45 malam.

Aduhai! Menjadi hamba wang dan masa.

Selamat menyambut tahun baru Hijri. Jangan pergi tengok bunga api, nanti sendiri rugi. Orang ramai ambil peluang, nanti tak sedar handphone hilang. Anak dara jangan keluar malam, nanti Mat Rempit 'hentam' menangis tak boleh diam.

Sekian, jumpa lagi di tahun hadapan.

p/s: daripada kalian kalut berkongsi gambar doa tahun baru kat Fesbuk tu, apa kata kalian berkongsi gambar tentang Qunut Nazilah?