Entri Marah-Marah Sempena Hari Kebangsaan



Secara jujurnya aku merasakan yang banyak benda berulang yang boleh kita nampak setiap kali berlakunya sambutan Hari Kebangsaan. Tapi kesemua itu hanyalah wayang atau pun 'berlakon' yang hanya sesuai untuk hari itu sahaja. Tidak lebih daripada satu hari saja.

Pertamanya penggunaan perkataan 'perpaduan'. Ia dah jadi macam air liur. Sembur aje mesti keluar punya. Tak payah nak pikir panjang. 'Perpaduan' itu dan 'perpaduan' ini. Baju macam-macam bangsa pakai keluar kat tv. Sampai buat lagu. Sampai buat logo. Tapi semua kencing. Habuk pun tarak.

Politik perkauman terus dijaja. Tak percaya? Tanya member-member yang pernah pergi BTN. Aku tak pernah sampai. Tak layak.

Kedua, buat-buat patriotik. Semangat yang aku tak tahu lahir daripada perut ibu mana. Boleh pakai hanya untuk satu hari saja. Dulu-dulu, tapi sekarang dah boleh pakai sampai sebulan. Patriotik sampai gantung bendera penuh kat bumbung kereta atau pun selit bendera RM7 beli kat Giant pada bonet depan Proton Wira ekzos besar lubang jamban. Aku tak pernah buat.

Itu bukan patriotik. Itu bangang. Hanya boleh pakai untuk sebulan sahaja buat-buat patriotik. Lepas tu bersepai lagi masuk longkang. Bercampur dengan kencing dan berak kucing.

Ketiga, pura-pura hafal lagu patriotik.  Lepas tu bersepai. Sebulan aje pun hafalnya. Lain bulan masuk longkang. Itu pun nasib baik selalu pegi TESCO, diorang bukak lagu patriotik 24 jam. Kemudian malam sambutan, pegi tunggu bunga api, mulut kumat kamit macam hafal nyanyi lagu. Mata jeling bontot minah rempit. Lagu patriotik ke mana, mulut ke mana, tangan ke mana. Masuk longkang lagi.

Last sekali, paling menonjol, milik mat rempit dan minah rempit. Paling sementara. Patriotik yang hanya boleh pakai untuk satu malam sahaja. Malam Hari Kebangsaan bukan hari kemerdekaan. Kadang-kadang boleh guna masa malam Tahun Baru. Patriotik punya pasal, bersepah anak luar nikah pada 9 bulan mendatang nanti.

Ayat untuk jadi lesen bawak anak dara orang keluar pukul 4 petang sampai 4 pagi, esok belum tentu balik.

“Keluar kejap ya makcik, nak bawak Ayu tengok bunga api kat Dataran”

Bunga api kepala abah kau.