Robin Who?



Tarikh: Jun 2012
Tempat: Bilik Persalinan Pasukan Belanda

Ketika ini, pemain-pemain pasukan Belanda semuanya duduk berhampiran loker masing-masing selepas perlawanan menentang Portugal. Pada perlawanan itu, Belanda tumpas dan tersingkir secara mengejut dari saingan Peringkat Kumpulan Kejohanan Euro 2012. Bila dah kalah, keadaan di dalam bilik amatlah hambar dan sunyi. Yang kedengaran hanyalah bunyi nafas termengah-mengah setiap pemain. Semuanya tengah bad mood.

(Berlaku perbualan antara Van Persie, Robben, Sneijder dan Van der Vaart)

Secara tiba-tiba, pemain dari kelab Bayern Munich, Arjen Robben menghentak kepalanya pada dinding kerana marah. Dinding stadium tersebut mula merekah. Darah pula mula mengalir dari kepala Robben.

Van Persie: Weh Robben. Kepala kau berdarah tu. Pegi la lap, nanti meleleh kena but aku nanti.

Robben: Arkghhhhh!! (Sambil menjerit, Robben mengelap darah secara direct menggunakan tangannya lantas menjilat darah tersebut.)

Van Persie: Euwww.

Sneijder: Sabar Robben. Sabar. Cuba bawak bertenang sikit. Ni apa la sikit-sikit nak hantuk kepala. Mana tak botak kepala kau.

Robben: Sabar kau cakap? Kita disqualify tau! Kalah! Tak layak! Kau suruh aku sabar? Hah! Hah! World Cup dulu kita pergi final tau! Ni grouping pun tak lepas ni apa cer?

Van der Vaart: Ini semua ujian dari Tuhan, Robben. Cer bawak bersabar sikit.

Robben: Siapa kau?

Van der Vaart: Aku la….Van der Vaart. Dah lama kita main sama-sama. Gol tadi pun aku la yang skor. Takkan ko tak perasan kot.

Robben: Kau main untuk team mana?

Van der Vaart: Tottenham Hot…..

(Belum sempat Van der Vaart menghabiskan ayatnya, semua orang ketawa. Ada suara menyampuk, “Team sampah tu weh. Sampah!”)

Robben: Aku faham Tottenham boleh terima kekalahan. Tapi aku tak boleh. Aku Arjen Robben tau. Masa World Cup dulu aku sikit lagi nak jadi Best Player. Tahu tak?

Van Persie: Dah la tu weh. Kita fokus next tournament plak. Yang ni kita buat betul-betul. Okay?

(Semua terdiam dan pandang Van Persie)

Van Persie: Apahal ni semua usha aku semacam?

Robben: Aku tau la Arsenal tu dah berjuta kali kalah trofi. Kah kah kah. Berapa musim tak ada trofi? Tujuh? Ke lapan? Kah kah kah.

Sneijder: Apa yang kelakarnya Robben? Bayern Munich pun tak menang apa-apa musim ni.

Robben: Shaddap you!

Van Persie: Aku tak kisah la. Aku kat sana kapten. Dapat layanan 5 bintang. Fans semua memuja-muja aku.

Robben: Alaa. Aku pun kalau masuk Arsenal, akan dilayan macam raja tau? Ni Arjen Robben laa. (sambil tangan menepuk dada dengan kuat)

Van Persie: Ini je yang kita ada.  Takkan kita nak tinggalkan Belanda pulak. Betul tak? Macam aku dengan Arsenal la. Takkan aku nak blah dari Arsenal. Mana boleh.

Robben: Aduuh kau ni Persie.

Van Persie: Napenye?

Sneijder: Sori la ye Persie kalau soalan ni mengguris hati ko. Tapi kau….kau tak pernah terfikir nak tinggalkan Arsenal ke?

Van Persie: Tak pulak. Kenapa?

Sneijder: Takde la…(sambil garu kepala). Aku tanya je.

Van Persie: Apasal ni? Citer la betul-betul weh.

Sneijder: Kau ni…haish. Kau tau tak musim lepas ko dah skor dalam 30 bijik. Penjaring terbanyak. Dapat kasut emas. Pemain terbaik EPL lagi. Kau tak rasa macam Arsenal tu…membebankan kau ke?

Van Persie: Tapi….Aku sayang Arsenal.

Robben: Hah! Sayang? Sayang tu takkan boleh bawak ko ke mana laa. Berapa gaji kau kat sana? Berapa? Kasitau aku.

Van Persie: 70 ribu Pound Sterling.

Robben: Oh my God!

Sneijder: Mak aih! Sikitnya!

Van der Vaart: Wow! (“Banyaknya” kata Van der Vaart dalam hati)

Van Persie: Tapi kesetiaan tak boleh diukur dengan wang ringgit.

Robben: Persie, ni aku nak kasitau. Sebagai pemain bola, kita harus setia pada dua benda je. Pertama, duit. Kedua, kemenangan.

Van Persie: Setia pada kemenangan? Macam mana tu? Aku tak faham.

Robben: Kau tak nak merasa ke angkat trofi? Kau tak nak rasa kemenangan ke? Perasaan ketika kau angkat trofi dan kau pandang pada golongan bawahan dan kata “Ini dia! Trofi yang team aku menang! Sembah aku sekarang! Sembah!” Kau tak nak rasa camtu ke?

Sneijder: Sorry to say la Persie. Tapi banyak kelab nak kat kau tau. Kau tu power. Kalau aku jadi kau, aku blah je dari Arsenal.

Van der Vaart: Masuk Tottenham la Persie.

Robben: Tottenham?! Kelab sampah tu? Kau nak dia ikut kau makan sampah jugak ke?

Van der Vaart: Kitorang…(sambil pandang bawah) dapat tempat keempat kot…

Sneijder: Kau dengar cakap aku Persie. Blah je dari Arsenal.

Robben: Betul tu! Tapi sebelum blah ko lempang dulu Wenger tu. Lepas lempang, kau kutuk dia kaw-kaw dekat Fesbuk.

Sneijder: Fikir betul-betul Persie. Sebagai seorang pemain bola yang handal—

Van der Vaart: Dan jambu (senyum)

Sneijder: Dan jambu – kau deserve something better laa.

Van Persie: Tapi…..

Sneijder: Kau fikir dulu laa. Ni kau nak balik hotel ada duit tambang tak? Bukan apa, bila dapat tahu gaji kau…Kalau kau nak pinjam duit aku dulu, aku ok je.

Van Persie: Eh, takpe la. Takpe. Aku ada duit lagi ni.

Sneijder: Betul ni?

Van Persie: Betul.

Van der Vaart: Kasi aku pinjam la kalau camtu (tersengih)

Sneijder: Ahh kau! Main tak semenggah mana. Tak payah!

Van der Vaart:…………(pandang bawah)

Robben: Okay semua. Dah. Jom gerak cepat.

Van der Vaart: Jom! Tapi korang sapot sikit la ya tambang teksi aku nanti.

Sneijder: Dah, dah. Jom gerak cepat.

****

Kesemua mereka beredar dari bilik persalinan.  Hanya tinggal Van Persie sahaja. Perlahan-perlahan Van Persie membuka pintu lokernya. Di dalam ada sekeping gambar yang dilekat pada belah dalam pintu. 


                                                                                           Van Persie, peminat nombor 1 Arsenal


Van Persie ambil gambar itu dan selitkan ke dalam dompetnya. Pintu locker ditutup.

TAMAT