Mari Bertukang

1. Cari satu kepingan besi buruk dan satu besi buruk silinder kecil untuk digunakan.

2. Buka oxy dan nyalakannya dengan menggunakan lighter. Api merah dan biru diselaras mengikut sesedap rasa anda.

menatang ni lah namanya oxy. (celaka. gua lupe nak rotate plak gambar)

3. Dengan menggunakan oxy, potong kepingan besi buruk berdasarkan kelebaran punggung anda. Kiranya semakin besar punggung, semakin besar kepingan besi yang dipotong.

4. Selepas memotong kepingan besi, potong pula besi silinder kepada 3 bahagian. Pastikan ianya dipotong sama panjang kerana silinder ini akan digunakan untuk kaki bangku anda.

5. Setelah siap semua, gosok semua besi yang dipotong dengan menggunakan grinder. Ini untuk membuang serpihan besi tajam di bahagian tepi besi dan juga membuatkan bangku anda nampak lebih kemas.

6. Setelah siap semua, pasangkan welding set anda. Pastikan anda menggunakan rod yang bersesuaian dengan jenis besi. Jika anda menggunakan stainless steel, pastikan rod anda juga bertanda SS. Tetapi sekiranya besi yang digunakan adalah selain stainless steel, gunakan rod yang bertanda MS. Tanda ini boleh dilihat pada bahagian atas rod.

7. Dimulakan dengan lafaz Bismillah, mulakan proses welding. 3 batang silinder yang dipotong tadi hendaklah dikimpal atas kepingan besi buruk tadi. Jarak 3 besi tu boleh la sedara semua main agak-agak je.

8. Semasa proses pengimpalan berlaku pastikan tangan anda steady dan tidak menggeletar.

9. Tunggu beberapa minit, kemudian ketuk chip (bahagian hitam pada tempat yang diwelding) dengan tukul kecil.

10. Bangku anda sudah siap. Uji kekuatannya dengan melompat-lompat di atasnya. Kalau ada instrument untuk tensile test pun boleh buat sekali.

11. Hasilnya adalah seperti di bawah.



yang jubin hijau tu gua curik dari toilet je.


Sekian, selamat beramal.