Legend

Pagi itu saya bangun macam biasa, pukul 6.05 pagi. Setelah melakukan beberapa regangan ringan, saya melakukan pula aktiviti lompat bintang sebanyak beberapa kali. Kemudian, saya pantas pergi ke bilik air lalu mengambil wuduk untuk menunaikan solat fardhu Subuh. Tiba-tiba sewaktu di bilik air saya ternampak seekor lipas lantas saya pun melompat terkejut. Bimbang lipas tersebut akan terbang masuk ke dalam kain pelikat saya, saya cuba menghalaunya sepantas mungkin. Tetapi lipas itu degil dan tidak mahu bergerak. Puas saya menghalau tapi dia tidak mahu bergerak juga. Setelah dibelek-belek, rupanya lipas tersebut sudah mati akibat dipijak saya sewaktu saya melompat terkejut tadi.

Saya menunaikan solat Subuh sambil memikirkan tentang lipas tadi. Entah apalah jadinya kalau lipas itu masuk ke kain pelikat saya. Kekhusyukan yang selalunya ada telah hilang pada pagi itu angkara lipas di bilik air. Aktiviti saya yang seterusnya adalah berak dan mandi. Semenjak saya praktikal ni saya lebih gemar berak di rumah kerana kebersihan tandas di syarikat saya berada di tahap yang kritikal. Agaknya mat bangla dan Nepal ni tak diajar untuk menggunakan pam tandas.

Saya lepak di dalam jamban dalam 10 minit. Celaka, takda langsung feeling nak berak. Ni mesti pasal saya makan sikit kot semalam. Pasal tu tahi tak berapa nak keluar. Bila feeling tu dah tak berapa nak ada, saya bergerak pula ke bilik air yang lokasinya hanya bersebelahan dengan lokasi jamban. Saya mandi ala kadar sepantas mungkin dan kemudian masuk ke bilik semula. Sebelum memakai baju saya masih sempat lagi melakukan aktiviti tekan tubi sebanyak 20 kali gaya bebas, 10 kali stail penumbuk, 10 kali gaya diamond dan 5 kali gaya tepuk.

Setelah selesai berpakaian, saya pergi bersarapan pula dan mula bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Stoking sudah disarungkan. Kasut sudah dipakai. EX5 juga sudah dipanaskan enjin. Oh ya, lupa nak cerita. Saya sekarang ni pergi kerja naik EX5 sahaja. TZM saya itu saya terpaksa tinggalkan di rumah kerana bimbang ada lagi orang yang menggelar saya anak Dato’ sewaktu di tempat kerja nanti.

Jam menunjukkan sudah pukul 7.30 pagi. Selalunya pada waktu inilah saya akan bertolak dari rumah. Sedang saya melewati pintu pagar, tiba-tiba…

“Shit! Time aku dah siap ni baru rasa nak berak. Pundi ayam betul la”

***

Pada hari itu, saya jadi legend. Sepanjang 20 tahun kilang dibuka, tak ada lagi pekerja yang masuk lambat yang menjadikan berak sebagai alasan. Saya orang yang pertama memberikan satu alasan jitu yang penuh interpretasi, tanpa persepsi dan tidak memerlukan sebarang justifikasi.