Politik

Politik itu seharusnya diambil kira berdasarkan dasar perjuangan sesebuah parti. Bukannya dengan melihat orang yang berada di dalam parti kerana orang-orang dalam parti itu semuanya melakukan kesilapan. Tidak kira ulama ataupun siapa sahaja, semua orang ada silapnya kerana yang terpelihara dari maksiat dan kesilapan itu hanya baginda Rasulullah S.A.W.

Oleh sebab itu, politik yang hanya berdasarkan serangan peribadi memang tak akan habis kerana si A akan mengata kesilapan si B, si B akan balas balik pada si A dan seterusnya. Fokus politik sepatutnya diberikan kepada sesi tarbiyah yang insyaAllah akan mematangkan setiap individu dan seterusnya memangkin dan menjana kemajuan parti politik di Malaysia.

Ataupun dengan kata yang sedikit kasar, politik sekarang ni memang semuanya bangang. Jadi pilihlah yang kurang bangang itu menjadi pemimpin. Macam mana nak kenal pasti mana satu yang kurang bangang? Lihat dasar dan pegangan mereka. Yang mana yang mendahulukan Al-Quran itulah yang kurang bangangnya.

Sekian terima kasih.

Wallahua'lam.