'Suara Awie'

Masa: Akhir November. Dalam pukul 9-10 malam.
Tempat: Bilik yang menjadi pemenang pertandingan bilik terbersih di kediaman Village 4C.

Masuk kali ni ada dalam puluh-puluh kali rumate gua si Khairul Anwar usha-usha file dalam leptop gua. Kata dia nak carik file 'suara Awie'.

Gua balas, "Carik dalam folder lagu la. Ada aku sep kat situ. Dari zaman Wings sampai dia solo, semua aku ada".

"Bukan Awie yang ni. Lain punya. Aku nak Awie yang jepun tu." si Khairul Anwar menjawab balik.

"Bila pulak Awie ada kat Jepun ni?" gua cakap, tapi dalam hati je la. Malas gua nak layan teman sebilik gua ni. Gua syak Khairul Anwar tengah datang bulan. Pasal tu dah tak berapa betul.

10-20 saat selepas itu, Ahmad Hilmi pula datang singgah di bilik gua. Datangnya kali ni dengan tangan kosong. Tak ada bekalan air berperisa seperti selalunya. Mungkin Ahmad Hilmi sudah mula sedar bahana air berperisa terhadap kesihatan manusia yang mampu menyebabkan penyakit diabetis.

Ahmad Hilmi kemudiannya mula bersembang-sembang dengan Khairul Anwar yang masih lagi berada di hadapan laptop gua. Agak rancak mereka bersembang. Gua malas nak amik port sangat. Selalunya kalau Ahmad Hilmi dengan Khairul Anwar bersembang, memang takde hal lain. Sama ada hal Mancester United ataupun highlight terbaru perlawanan Liga Perdana Inggeris. Tak menjana kemajuan ummah langsung.

Seminit lepas tu gua tengok lagi. Makin rancak perbualan mereka. Makin serius. Gua dah mula pelik. Selalunya hal Mancester tak penah dibincangkan sebegini serius. Gua mula pasang port skit. Time gua pasang port skit tu gua dengar Khairul Anwar masih lagi beriya-iya dengan 'suara Awie' yang datang dari Jepun itu. Last-last gua dengar Ahmad Hilmi menjerit.

"Ko carik 'suara Awie' mende? Yang ko carik tu Sora Aoi la. Sora Aoi!! Tau tak? Lain kali cakap tu sebut biar betul," jerit Ahmad Hilmi.

Gua terpaku seketika. "Ni siapa pulak Sora Aoi ni?" Awie gua kenal la jugak. Ni dah masuk Aoi ni ape kes?

*****

Beberapa minggu selepas peristiwa itu.
Masa: Akhir Disember
Tempat: Chlorine tank kilang XYX.

Masuk kali ni dah puluh-puluh kali Deven asyik usha enset Nokia Daun nya itu. Jarang gua nampak dia camtu. Tiba-tiba Deven cakap sama gua, "Saufi, you mau tengok Sora Aoi tak? Best woo."

Gua try tengok. Selepas gua tengok, dengan pantas mulut gua mengucapkan istighfar memohon keampunan sampil meminta supaya diberi kekuatan untuk melawan benda-benda camni.



p/s: hal berapa lama gua usha enset Deven tu gua ingat tak payah citer kat sini la.