Latihan Industri - Part 1


Kilang XYX (bukan nama sebenar) merupakan salah satu pengeluar sarung tangan terbesar di Malaysia. Hasil produk mereka dieksport ke serata dunia seperti Jepun, Amerika dan bermacam-macam lagi. Saiz kilangnya juga cukup besar. Kalau naik basikal pun satu bulan belum tentu habis round satu kilang. Atas segala sebab yang gua mention ini, gua dengan penuh rasa yakin dan tawaduk terus memohon untuk menjalani latihan praktikal di sini.

Seminggu sebelum masuk, gua dah rasa excited lain macam. Gua siap singgah pasaraya Billion di Manjung lagi untuk membeli seluar slack terbaru yang berpadanan dengan gua. Yang lama punya gua campak entah ke mana pasal kualiti cam celaka. Kain asyik nak mengecut je. Asal basuh je kecut, basuh je kecut. Patut la gua pakai rasa ketat semacam je.

Gua targer ofis gua mesti ada ekon dalam 3-4 bijik. Kilang besar beb. Pastu dilengkafi wifi berkelajuan 1Gb/s berserta computer peribadi dan kerusi lembut beroda yang boleh adjust dia punya tinggi dan berpusing dengan lancar tanpa ada masalah roda. Meja pulak diimport dari Afrika, negara yang mempunyai kualiti kayu jati terbaik. Loker pula dari besi titanium dilengkapi dengan kunci Solex original bagi mengelakkan sebarang kecurian berlaku. Mimpi indah beb malam sebelum nak daftar masuk.

******

Hari 1st masuk gua rasa seperti seorang bapa yang anak perempuannya pegi kawin lari dengan pemuda Indon di selatan Thailand. Angan-angan gua hancur berderai. Meja kayu jati gua roboh entah ke mana. Yang ada hanyalah meja yang gua ingat sudah mula wujud dari zaman Hang Tuah lagi. Tekan sikit je gerenti gegar. Kerusi beroda? Tempurung lutut la kerusi beroda. Jangankan roda, kerusi pun ada brape kerat je. Tu pun hanya boleh menanggung beban tidak lebih dari 100 gram. Lebih 100 gram kaki kerusi akan mula mengembang.

Ekon lagi la jangan citer. Yang ada hanya air compressor. Air compressor tu biasanya dijumpai di bengkel mahupun kedai basikal. Berfungsi sebagai pam tayar ataupun penembak angin bagi membersihkan kaburator ataupun bahagian enjin yang lain. Tetapi di ofis gua, air compressor digunakan sebagai medium untuk menyejukkan badan dan mengeringkan peluh. Tiubnya akan dihalakan kemana-mana tempat yang dikehendaki termasuk bahagian sulit untuk disejukkan. Seorang boleh guna seminit je. Dah la kena tunggu turn dengan bangla-bangla ni sekali.

Head Manager kilang XYX telah meletakkan gua di department maintenance. Department paling otai dalam kilang. Paling otai sebab department gua ni mempunyai akses untuk bergerak ke seluruh bahagian kilang dan boleh meminta bermacam barang dari stor yang dijaga oleh amoi comel tanpa tanpa banyak kerenah birokrasi. SV gua ialah Mr. Murugan. Perkataan paling dibenci Murugan ialah cuti. Kalau nak dengar Murugan mencarut dalam bahasa Tamil cuba cakap cuti depan-depan dia. Pernah sekali gua bercerita tentah kisah percutian gua di Langkawi, tu pun dia dah marah. Apatah lagi nak mintak cuti.

Pekerja bawahan Murugan merangkap gua punya partner dalam melakukan tugas ada 2 orang. Sorang nama Deven, sorang lagi nama Zani. Deven ni muka dia nampak cool. Jarang nak tengok muka dia terkejut. Gua penah tengok sekali je muka dia terkejut. Tu pun apabila gua bagitau yang gua ni single dan masih tidak berawek. Agaknya memang susah kot dia nak percaya lelaki hensem cam gua ni masih lagi single. Umur Deven sama dengan gua, 21 tahun tapi dia dah kawin, anak dah ada sorang. First day kenal gua, Deven dah pandai mintak enset gua. Dia cakap nak tengok blue. Pejadahnya nak tengok blue kat enset gua? Al-Quran ada la.

Zani plak jauh lagi tua dari gua. Nak dekat awal 30-an kalau gua tak silap. Tapi anak takdak lagi. Sekarang ni sedang menunggu kelahiran anak pertama. Zani ni kalau buat keja memang stail. Laju je palotak die jalan. Lain skit dengan Deven. Deven wat keja memang laju tapi palotak bengap skit. Orang suruh beli marker pen dia pegi beli highlight pen. Gua jugak amat mengagumi Zani kerana dia ni cukup ikhlas bila buat kerja. Tak pernah mengungkit dan merungut. Penah sekali Zani rasa tak sedap badan, pastu gua suruh dia rehat kejap. Kalau bos dating pandai la gua cover – kata gua kepada Zani. Zani setuju. Tapi 2-3 minit pastu dia sambung wat keja jugak. Dia cakap dia tak sanggup nak bagi anak dia yang bakal lahir tu makan hasil titik peluh yang haram. Gua terpaku seketika. Sekarang ni gua nak tanya, berapa ramai orang Melayu Islam yang fikir macam Zani ni? Cer citer. Cer citer.


bersambung part 2...