Isu Heavy 2 - Antara Fiqh dan Tauhid - Part 1

Jumaat kelmarin aku pegi masjid naik beskal. Entah apa jin yang merasuk ntah tiba-tiba je aku jadi naik syeikh semacam je semangat naik beskal untuk ke masjid.

Seingat aku, kali terakhir aku pergi masjid naik beskal adalah sewaktu aku darjah 3 sampai darjah 6. Sebelumnya, aku dan 2 lagi adik lelakiku akan menaiki motosikal bersama ayahku untuk ke masjid. Adik aku yang last akan duduk kat bahagian bakul moto. Tetapi bila umurnya makin meningkat dan badannya sudah tidak muat lagi untuk disumbatkan dalam bakul moto, aku terpaksa menaiki beskal pula setiap kali menjelang waktu Solat Jumaat.

Tapi aku tak kisah. Lagi suka ada. Dapat menaiki basikal ke masjid untuk Solat Jumaat ketika anda berumur 9 tahun boleh diumpakan seperti....(celaka, aku tak tau nak umpamakan camna dia nye syok tu) Setel je parking basikal di tepi masjid, aku akan pegi port kat belakang masjid yang selalunya dijadikan tempat penyembelihan lembu sewaktu raya korban. Karpet masjid memang tak penah aku jejak. Saf pertama apatah lagi. Selalunya time khatib memberi khutbah aku dan kawan-kawan lebih selesa bermain gasing ataupun guli sambil menikmati Tau Fu Fa yang dijual di hadapan masjid. Kalau ada duit lebih, kami akan melencong ke kedai PlayStation dan bermain game gusti.

Tapi tu kisah lama. Kisah berbelas tahun dahulu. Tapi kelmarin time aku berbasikal ke masjid, aku perhati situasi ini tidak lagi berubah malahan makin teruk. Jika dulu, port bermain aku tu hanya menjadi port untuk budak yang belum akil baligh, sekarang ni remaja yang rasanya sudah berbulu ketiak pun mula menghuni port tersebut. Aku tak tau ni sape punye salah. Kalau ikutkan hati aku nak salahkan kerajaan je.

Aku fikir balik apa sebab benda ni makin teruk? “Kenapa diorang ni tak nak solat? Mak bapak tak marah? Tak takut Allah ke?”

Bila aku duk fikir “Tak takut Allah ke?” tiba-tiba aku mendapat satu sebab kenapa benda ni jadi. Sebab yang sama mengapa aku lebih senang bermain daripada menunaikan solat. Sebabnya, ketika itu, aku tak kenal Allah. Bukannya parents aku tak suruh aku solat. Puasa pun diorang suruh. Tapi aku nak korang perhati berapa ramai ibu bapa yang menerapkan pelajaran Tauhid kepada anak-anak?

Situasi kita di Malaysia ialah, anak-anak kecil berumur 3-4 tahun sudah dibawa ke surau. Ibu bapa akan menyuruh anak mereka mengikut pergerakan mereka ketika solat. Dan hal ini dibiarkan berterusan sampai anak ini dah besar. Silapnya di sini, sepatutnya anak-anak diajar untuk kenal Allah terlebih dahulu sebelum beribadat kepadaNya. Berapa ramai ibu bapa di luar sana yang sanggup mengajar anaknya menyebut perkataan “Allah” sebagai perkataan pertama yang anak mereka ucapkan? Rata-rata lebih suka mengajar anaknya membaca ABC serta perkataan Inggeris atas dasar untuk meningkatkan kecekapan pembelajaran anak-anak mereka.

Nabi Muhammad pun menyampaikan kepada umatnya supaya menunaikan solat fardhu setelah 10 tahun Islam disebarkan. Ape yang umat Islam buat pada 10 tahun sebelum tu? Tak buat ape-apekah? Cari makanan lebih kah? Amende? 10 tahun pertama itu digunakan oleh baginda untuk menyemai serta memupuk keyakinan terhadap kekuasaan Allah. 10 tahun itu digunakan oleh Rasulullah untuk menerangkan kepada umat Islam tentang sifat-sifat Allah, hal-hal akidah, serta macam-macam lagi hal keTuhanan. Bila akidah dah mantap baru boleh buat ibadat. Nabi pun pakai stail camni, kenapa kita tak nak ikut?

Yang lebih menakutkan, hal ini berlaku hampir kepada keseluruhan keluarga. Termasuk keluarga aku juga. Anak-anak disuruh solat, tapi benda-benda seperti kenapa kita solat, kepada siapa solat kita akan pergi serta bermacam-macam lagi soalan berkaitan hal keTuhanan tidak pernah dijelaskan sama sekali. Aku dulu time kecik-kecik pun rasa bodoh je bila solat. Aku solat bila mak bapak suruh je. Kalau diorang terlupa nak tanye memang aku buat senyap je. Pasal ape aku buat camtu? Pasal aku tak tau apa pentingnya solat tu? Yang aku tau aku ni Islam. Tuhan untuk orang Islam ialah Allah. Tapi siapa Allah, sifat-sifat Allah, bukti kewujudan Allah, semua aku tak tau. Bila aku tak tau benda ni, memang la aku rasa bodoh bila solat.

Aku kasi contoh, cuba kalau makcik taman sebelah yang korang langsung tak kenal suruh korang cabut rumput depan rumah dia. Korang nak buat tak? Kompem tak nak buat nya. Silap-silap kalau makcik tu kasi upah pun korang taknak buat. Pasal ape taknak buat? Pasal korang tak kenal makcik tu. Ape fak tiba-tiba nak tolong makcik tu potong rumput plak? Tapi cuba kalau mak yang disayangi suruh potong rumput. Sah-sah korang akan buat tanpa banyak soal. Tak bagi duit pun takpe, yang penting dapat berbakti kepada mak yang disayangi. Macam tu jugak dengan ibadat. Bila kita tak kenal Allah, camna nak rasa feel? Camne kita nak patuh?

Bila aku cakap camni tak bermaksud aku menyalahkan mak bapak aku. Mak bapak aku pun rasanya dilatih oleh datuk nenek aku dengan cara yang sama. Siapa yang start buat camni aku pun tak dapat nak jejak. Nasib baik bila mak bapak aku hantar aku pegi sekolah agama, ada Ustaz yang mengajar Tauhid. Bila dah belajar, sikit-sikit aku mula paham. Aku dah tak rasa bodoh sangat bila solat pasal aku tau solat aku ni akan dihakimi oleh Tuhan yang Maha Kuasa. Jadi, aku kena buat betul-betul. Tapi budak-budak lain, kalau diorang tak belajar benda ni, camne nak berubah?


-aku tak abis tulis lagi ni. part 2 bakal menyusul.