Latihan Industri - Part 2

Secara ringkas gua nak cakap, sepanjang 21 tahun gua hidup, gua rasa kerja menatang maintenance ni benda paling susah sekali gua buat. Ditambah lagi dengan sikap Murugan yang pantang melihat anak buahnya senang, memang hidup gua sentiasa busy dengan pelbagai kerja-kerja pelik. Setakat ni kerja-kerja pelik yang gua buat ialah memasang papan putih di office, door closer di packaging room dan tidak lupa juga menggerudi dinding untuk memasang peletak untuk wireless adapter process engineer yang bekerja di kilang XYX.

Ape-ape pun, kilang XYX ni memang gua kategorikan sebagai kilang yang canggih. Setiap acuan-acuan sarung tangan akan melalui pelbagai peringkat untuk mencipta sarung tangan yang berkualiti. Ada 3 tingkat mesin serbaneka yang gua terpaksa jaga hari-hari. Rendaman latex serta bahan-bahan kimia yang lain biasanya dilakukan di tingkat pertama. Tingkat kedua dan ketiga lebih kepada proses untuk mencantikkan dan mengukuhkan struktur sarung tangan. Dan semakin tinggi tingkat makin panas disebabkan bilangan oven yang turut meningkat. Gua ingat sape-sape yang ada perancangan nak masuk neraka di masa hadapan boleh la training kat sini dulu. Kasi badan tu biasa skit dengan kepanasan melampau. Tapi kalau dah dalam neraka masih lagi tak dapat tahan panas jangan carik gua plak.

bertingkat-tingkat gua cakap lu

Keja pulak rasanya dah macam-macam gua buat. Bila gua dengar memang gua ingat senang nak mampus keja ni. Contohnya menggris shaft pada blower. Gua hanya membayangkan tugas seperti meletakkan minyak pada rantai motosikal gua. Tetapi realitinya tidak seindah seperti yang disangka. Tengok gris yang digunakan pun dah boleh tau. Gua ingatkan gris ni macam minyak hitam biasa je. Sekali lain. Gris ni kaler die merah-merah campur pink sikit. Senang citer merah cam jus naga abang gaban. Dah la merah. Pekat pulak tu. Kalau gris tu letak dalam pinggan memang orang akan ingat itu pudding strawberry. Gris ni pula kemudiannya perlu diisi ke dalam pam dengan menggunakan teknik rahsia yang gua pelajari daripada Zani dan seterusnya dipamkan dengan sudut 90 darjah terhadap shaft yang ingin digris. Tu gua belum citer lagi pasal tugasan menukar beading ataupun boleh juga ditafsirkan sebagai silinder berbulu yang digunakan untuk meningkatkan grip pada bahagian atas sarung tangan. Ditambah lagi dengan lokasi tugasan yang hanya beberapa meter di hadapan oven, memang baju gua boleh perah peluh dalam 2-3 baldi la jugak.


rupa sebenar gris. amacam? ada macam pai stroberi tak?


bende putih bulu-bulu tu la namanye beading

Welding tanpa topeng juga gua tengok menjadi satu rutin buat Deven dan Zani. Benda ni stended. Kalau Murugan, dia siap boleh welding sambil tangan sebelah pegang Milo ais lagi. Selalu kalau gua welding pakai topeng gua akan dikatakan sebagai penakut, loser, imam muda kantoi audition dan macam-macam lagi. Jadi nak tak nak memang gua kena jugak welding tanpa topeng. Pelajaran welding yang gua belajar sewaktu kelas Manufacturing Technology di makmal selama 8 jam terasa langsung tidak berguna. Baru gua tau, lab demo ManTech ni mengajar gua teknik paling bodoh sekali dalam ilmu welding ni. Masuk kilang ni baru gua belajar teknik up skit contohnya seperti teknik kimpalan bulatan kecil dan juga zig-zag.

Gua kira-kira dalam 3 minggu gua keja sana, takde sehari pun tangan gua bersih. Kotor tangan gua ni bukan kotor biasa. Kotor dia lagi up dari yang biasa. Setakat ni, gua cuba Lifebuoy, Dettol, sume tak boleh nak menanggal kotoran. Last-last gua pakai Dynamo tambah thinner sikit. Gampang apa pakai Dynamo nak cuci tangan? Kang terhakis kulit tangan gua nanti sapa nak jawab?