Isu Heavy 1 - Aurat

Gua sebenarnya tak berapa nak suka sangat tulis hal yang heavy-heavy ni. Pegi masjid seminggu sekali, solat jemaah entah ke mana, bulu kaki pun lebat, ada hati nak tulis hal heavy-heavy camni. Pada gua, hal-hal heavy seperti ini lebih baik diserahkan kepada pimpinan tertinggi Rakan Masjid UTP untuk mereka selesaikan. Baru ada barakah sikit. Nasihat diorang pun memang menusuk ke hati terus. Agak-agak kalau jiran bilik sebelah gua ni dengar boleh mengucap terus.


Gua? Gua lebih senang untuk membincangkan hal-hal kontemporari seperti teknik memikat wanita dan ranking nasi lemak paling sedap di Tronoh (no 1 kat pasar malam. yang depan bank rakyat tu no 2).

Tapi makin lama gua cuba untuk mengendahkan benda ni, gua rasa dah makin teruk pulak melarat. Teruk dia memang lain macam. Memang teruk sampai gua yang teruk ni terpaksa rasa yang gua patut tegur walaupun gua sendiri teruk. Gua try kasi satu example.

Situasi 1: Gua, paan, zamil, balang dan kerol masing-masing sedang makan sambil rancak bersembang. Tiba-tiba, Seorang pompuan, mantopp, free hair, baju ketat, kaki licin takde bulu, jalan depan kitorang.

Gua: Perkgh.
Balang: Perkghh.
Kerol: Perkghhh.
Paan: Perkghhhhhhh.
Zamil: Perkghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Secara tiba-tiba komunikasi rancak antara kami kaum lelaki bertukar menjadi satu perbualan yang hanya berunsurkan perkataan 'perkgh' sahaja. Situasi yang dinamakan sindrom 'perkgh' ni biasanya berlanjutan walaupun wanita tersebut sudah tidak berada di depan mata lagi. Jikalau iman anda senipis kulit bawang, maka panjanglah perkataan ‘perkghhh’ yang disebut. Adapun pula, jika iman setebal Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (macam gua) mungkin pendek sedikit ‘perkgh’ yang diucapkan. Masalah sekarang ni timbul apabila wanita tersebut mula komplen kepada rakan-rakannya ataupun mungkin di dalam blog mereka tentang betapa gatal dan sex maniac nya kami kaum lelaki hanya apabila kami bercakap ‘perkgh’.

Wahai manusia yang jantinanya wanita, tahukah anda semua kami kaum lelaki amat gemar melihat bentuk badan anda. Itu tandanya yang kami ni normal. Hormon kami berfungsi pada tahap yang cukup optimum. Jadi, jika anda berpakaian seksi dan lalu di hadapan kami, jangan lah berasa terkejut dan kurang selesa apabila kami dijangkiti sindrom 'perkgh'. Kerana anda sendiri yang memintanya. Lain kali, cuba pakai tudung labuh dan baju kurung. Nescaya sindrom 'perkgh' ni akan terus hilang. Bahkan mungkin perkataan 'perkgh' itu akan bertukar menjadi 'subhanallah' pula. Percayalah, kami kaum lelaki tidak pernah melihat perempuan yang lengkap penutupan auratnya dengan penuh nafsu hatta secantik manapun wanita tersebut. Sekali-kali tidak. Bagi kami, wanita cantik yang penuh beradab merupakan satu ciptaan yang melembangkan kebesaran Allah. Tidak wajar dipandang ciptaan sebegitu dengan penuh rasa ghairah dan bernafsu.

Gua cuba melihat faktor-faktor utama mengapa kebanyakan wanita sekarang sudah seakan-akan tidak peduli dengan aurat mereka. Berdasarkan pemerhatian dan penaakulan gua, ramai wanita yang berpakaian ‘hot’ merasakan dengan berpakaian sebegitu ia akan memudahkan mereka untuk memikat kaum lelaki. Ini ditambah lagi dengan kecenderungan lelaki yang berfikir bahawa perempuan yang berpakain ‘hot’ ini lebih terbuka dan lebih mudah untuk ditekel berbanding dengan perempuan yang lengkap penutupan auratnya. Maka bertambah ramailah lagi wanita di luar sana yang cenderung untuk berpakaian lebih ‘hot’ daripada biasa. Atas dasar untuk mendapatkan teman lelaki, dan mungkin juga suami. Yang dulunya bertudung habis dicampak entah ke mana. Yang elok berbaju kurung mula mencuri baju adiknya untuk dipakai. Kalau macam akak gua nak curik baju gua memang tadak hal. Gua saiz XL, pompuan kalau pakai baju gua memang laki tengok takde nafsu. Masalah kalau pompuan saiz L curik baju adik saiz S. Boleh berdarah hidung beb tengok.

Untuk pengetahuan kaum-kaum perempuan, kebanyakan kaum lelaki hanya mencari perempuan yang berpakaian ‘hot’ sebegini atas dasar untuk mengisi masa lapang dan juga untuk menunjuk-nunjuk kepada kawannya. Itu je. Anda sebenarnya diperlakukan tidak ubah seperti satu barang dagangan yang ditayangkan kepada umum. Kalau tak percaya dengan apa yang gua cakap ni, cuba ajak boifren anda kawin, nescaya akan keluar 1001 alasan dari mulut mereka. Kerana apa? Kerana mereka sebenarnya langsung tiada niat untuk menjadikan anda sebagai teman hidup ataupun isteri. Bagi lelaki, seorang isteri haruslah pandai menjaga maruahnya dan baik tutur laku kerana seorang isteri itu akan menjadi ibu kepada anak-anak kami yang bakal lahir nanti. Seorang isteri juga harus menjadi pembimbing dan contoh kepada anak-anak. Tidak ada bapa yang mahukan anak perempuannya berpakaian ‘hot’ melainkan bapa anda seorang penyokong BN. Keh keh keh.

Gua stop sini dulu. Banyak lagi sebenanye yang gua nak tulis tapi gua kasi simpan dulu. Ade masa gua kasi sambung part 2 pulak. Kepada sape-sape yang terasa hati baca post ni, gua mintak maaf banyak-banyak. Tapi percayalah, niat gua memang baik. Gua nak tengok lebih ramai wanita yang tercatat agamanya Islam di dalam kad pengenalan menjadi betul-betul Islam. Tu je. Sekian, gua akhiri post kali ni dengan perkataan PERKGHHHHHHHHH!!




contoh model terbaik. awek merangkap bakal isteri gua. keh keh keh